Saturday, August 1, 2009

GEMUK

Bagaimana Cara nak

Kurus?"



"Mengapa Bayar Lebih?

Bukankah Boleh Berjimat?

Terbukti, selamat dan berkesan"

Salam sejahtera,

Adakah anda tergolong dalam golongan berbadan besar atau lebih mudah dikatakan gemuk atau obesiti.

Pernahkah anda mengalami cubaan untuk menguruskan badan tetapi gagal?. Berat tidak hilang sebaliknya wang dan masa anda yang kehabisan tetapi badan tidak juga kurus. Pastikan anda memperolehi keputusan yang optimum dengan penjimatan kos yang maksimum.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk mengetahui kaedah terkini yang telah membantu ramai orang mengatasi masalah berat badan.

Penemuan terbaru oleh seorang doktor pakar perbidanan dan juga sakit puan akan merialisasikan impian anda untuk mempunyai saiz badan yang menarik seperti yang dimpikan.

Inilah jawapan kepada permasalah anda.

Jus Diet Mate 5

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan. Satu revolusi baru produk pelansingan. No 1 , pertama di Malaysia bertindak dengan 5 cara;

mengawal selera makan
menghalang pembentukan kegemukan
mengurang pengambilan gula
meningkat kadar metabolisma
menukar kaborhidrat kepada tenaga

Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Penyelidik Obesiti dan juga Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) dan juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Jitra Medical Centre, Jitra Kedah. Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan. Akhirnya, lahirlah JUS DIET MATE 5 yang begitu mujarab dalam mengatasi masalah kegemukan.

Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.

JUS DIET MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.

TESTIMONI PENGGUNA

YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN


Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

1. Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.

2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.

3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.

4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.

5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.

6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rozmey atas formula jus diet yang hebat ini.


8. Terima kasih sekali lagi buat warga Dr. Rozmey dan warga Herba Prima Marketing serta semua ahli-ahli dan pengedar HPM. Semoga impian kita menjadi insan yang sihat dan anggun tercapai.

Wassalam.

Berikut saya sertakan cara mengira BMI ,

untuk memastikan berat badan anda

berada dalam tahap mana

CARA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL: BMI

Ukur berat anda (dalam kilogram) dan tinggi anda (dalam meter). BMI boleh dikira menggunakan formula di bawah:



Berat (kg)

BMI

=

---------------------------------



Tinggi (m) x tinggi (m)


Contoh pengiraan:

Berat badan

=

60kg

Tinggi

=

150 cm iaitu 1.5 meter

Oleh itu BMI

=

60 / (1.5 x 1.5)


=

60 / 2.25


=

26.67 iaitu gemuk

DIMANAKAH TAHAP BERAT BADAN ANDA???

Cara Pemakanan

Jus Diet Mate 5

PENGGUNA BERAT KURANG DARI 90KG

SARAPAN PAGI:

Ambil Separuh dari pemakanan biasa ( Boleh mengambil makanan berat seperti nasi berlauk,mee,bihun atau Roti)

TENGAHARI (1 - 2.30 ptg) :

Tidak mengambil makanan, tetapi diganti dengan Jus Diet Mate 5 Sahaja.

PETANG (6 - 8.00 malam):

Ambil separuh dari pemakanan biasa (atau lebih baik Sup Sayur,buah-buahan atau makanan yang penuh


Diet 2 (Berat lebih daripada 90kg)
Jus Diet Mate 5 diambil 2 kali sehari dan pengambilan makanan hanya 800kcal sehari.

MASA

JENIS MAKANAN

Kcal

Sarapan

Sebungkus nasi harga 50 sen atau satu pinggan kecil meehun atau 2 keping roti disapu marjerin @ mentega @ jem dan segelas air

600kcal

Tengahari

Jus Mate 5

Makan Malam

Sup Sayur / tomyam (mangkuk kecil) + sebiji buah + segelas air

150kcal

Sebelum Tidur

Jus Mate 5

50kca

Keperluan tenaga anda yang selebihnya 1800Kcal didapati daripada pembakaran lemak oleh sel-sel yang diaktifkan oleh Jus Mate 5


Diet 3
(Untuk Mengempiskan Perut)

MASA

JENIS MAKANAN

Sarapan

Separuh daripada pemakanan biasa

Tengahari

Separuh daripada pemakanan biasa

Makan Malam

Separuh daripada pemakanan biasa

Sebelum tidur

Jus Mate 5


PERINGATAN:

  • Campurkan serbuk Mate 5 dengan 400-500ml air sejuk dalam bekas bertudung, goncang dan sedia diminum
  • Pastikan tidak mengambil makanan atau minuman yang berkalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas minum Jus Mate 5
  • Minum air kosong lebih 500ml ke 1000ml sehari supaya sel-sel badan berada dalam keadaan aktif.

    Oleh Rahayu Mohd Salleh
    ayu@nstp.com.my

    SETIAP kali mengendalikan ceramah mengenai soal pemakanan, dia sedar peserta cukup berkobar-kobar untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sewajarnya, sekali gus mengatur cara hidup yang lebih sihat.

    Tetapi, tiba saja waktu hidangan ringan disajikan, masing-masing seperti tidak menang tangan menjamah juadah meskipun sekadar hidangan ringan.

    Lupa segala pengetahuan mengenai jumlah kalori yang harus diambil, apatah lagi karipap atau mihun goreng kelihatan cukup enak.

    Memang agak melucukan, namun senario itu biasa bagi Pakar Pemakanan, Premila Muthukumaran, kerana menurutnya, mengubah tabiat pemakanan harus bermula dengan kesedaran dalam diri sendiri.

    “Apabila seseorang itu tidak bersedia untuk mengubah cara hidup termasuk aspek pemakanan, memang payah hendak menurunkan berat badan,” katanya yang berkhidmat di Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan atau lebih dikenali sebagai Weight Management Information Centre (WMIC).

    Lantas, menurutnya, tidak hairan wanita yang mahu menurunkan berat badan, gagal mencapai matlamat mereka kerana tidak dilakukan dengan betul termasuk pemilihan makanan yang sihat.

    “Asas kepada penurunan berat badan adalah mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan senaman.

    “Kebanyakan makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan hanya membantu menyingkirkan kandungan air dari dalam tubuh dan bukannya membakar lemak.

    “Kandungan air boleh digantikan dengan mudah di dalam tubuh dan mereka bukan mengalami penurunan berat badan tetapi kehilangan air.

    “Apabila mereka berhenti mengambil produk sedemikian dan gaya hidup mereka sama, berat mereka kembali seperti dulu,” katanya ketika ditemui di WMIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Menurutnya, tabiat mengambil makanan berlemak dan bersaiz besar menyebabkan berat badan makin bertambah.

    “Wanita yang mahu menurunkan berat badan perlu mengubah cara hidup, bukan mengharapkan sesuatu yang ajaib, ia adalah suatu komitmen.

    “Ramai wanita enggan bersenam kerana memikirkan lemak dalam tubuh ditukarkan kepada otot.

    “Apabila bersenam, sel lemak akan mengecil, namun ia boleh mengembang sehingga 20 kali ganda jika seseorang itu tidak mengawal pengambilan makanan berlemak,” katanya.

    Katanya, selepas bersenam, jangan pula mengambil makanan berlebihan kerana ia tabiat yang buruk.

    “Memang anda lapar selepas bersenam tetapi ia boleh dikawal dengan menikmati makanan berkhasiat seperti jagung atau salad tanpa menambah mentega atau mayonis,” katanya.

    Bagi mereka yang ingin mengambil pil bagi mengurangkan berat badan, ia harus dilakukan menurut nasihat doktor.

    “Pengambilan pil mengandungi orlistat dan sibutramin untuk tujuan pengurangan berat badan memang dibenarkan namun perlu merujuk kepada doktor atau ahli farmasi,” katanya.

    Orlistat boleh menghalang penyerapan lemak dalam badan sehingga 30 peratus manakala sibutramin yang memasuki saluran darah, membantu mengurangkan selera makan.

    Pengambilan sibutramin yang berlebihan pula boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung dan sukar tidur.

    Pengurangan berat badan yang ideal, menurutnya, adalah di antara setengah kilogram sehingga satu kilogram seminggu. Bagaimanapun, jika seseorang itu mengurangkan dua kilogram sebulan, ia dianggap sesuatu yang cukup berbaloi.

    “Apa yang penting, anda perlu mengubah gaya hidup lebih sihat. Biarpun pengurangan berat itu hanya sedikit, ia lebih baik daripada tiada langsung.

    “Jika biasa makan nasi lemak lima kali seminggu, ambil makanan itu seminggu sekali. Perubahan sekecil ini juga banyak membantu mencapai tahap kesihatan diingini,” katanya.

    Bagi wanita yang mengelak menikmati hidangan tiga kali sehari semata-mata untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan, Premila mengakui cara berkenaan memang tidak berkesan.

    “Mereka yang tidak mengabaikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, mungkin akan mengambil sejumlah 1,100 kalori atau kcal (500 kcal untuk sarapan, 600 kcal untuk makan tengah hari dan 500 kcal untuk makan malam) sehari.

    “Tetapi, jika mereka tidak bersarapan dan makan tengah hari, mereka akan terlalu lapar membuatkan mereka makan dengan banyak.

    “Apabila terlalu lapar, mereka mahukan makanan yang dapat memuaskan nafsu itu seperti makanan bergoreng dan berlemak.

    “Akibatnya, makan malam mereka mungkin akan mencapai sehingga 1,200 kalori atau lebih,” katanya.

    Untuk wanita melebihi usia 30-an pula, kesukaran mereka untuk mengurangkan berat badan banyak dipengaruhi kadar metabolisme yang kian menurun.

    Metabolisme adalah proses pembakaran kalori untuk memperoleh tenaga dalam tubuh. Untuk mengurangkan lebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal.

    Memperoleh pekerjaan baru juga boleh menjadi punca pertambahan berat badan terutama apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan di tempat kerja baru.

    Sama ada disedari atau tidak, ada yang mengambil makanan secara berlebihan semata-mata untuk mengurangkan tekanan itu.

    “Sesetengah wanita mengabaikan menjaga berat badan kononnya hidup sudah stabil selepas berkahwin. Mereka terlalu sibuk menjaga keluarga hingga tiada masa untuk diri sendiri.

    “Kesedaran untuk memperoleh atau mengekalkan berat badan yang ideal memang penting kerana berat badan berlebihan akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit.

    “Jika mereka sakit, ia turut menjejaskan orang tersayang. Kehidupan yang menyihatkan bukan saja untuk diri sendiri tetapi seisi keluarga.

    “Anak-anak pula biasanya akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Jika ibu bapa cenderung mengamalkan pemakanan kurang sihat, anak-anak turut mengikut tabiat buruk itu,” katanya.

    Sumber : Harian Metro


    Jangan Makan Lewat Malam

    Posted by tiey on Feb-8-2008

    Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.

    Roti canai, mi goreng mamak, makanan segera dan teh tarik adalah menu popular bagi mereka yang selalu mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jan setiap hari.

    Kadang kala ia menjadi satu aktiviti wajib kepada sesetengah warga kota untuk menjamah selera pada waktu lewat tengah malam ataupun di awal pagi.

    Mungkin ramai di antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

    Bagi Pakar Kecergasan, Kevin Zahri, gaya hidup orang Malaysia yang suka makan di lewat malam sukar diubah tetapi boleh diseimbangkan dengan cara hidup yang betul.

    “Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam,” katanya.

    Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana ia akan terdedah kepada masalah kegemukan.

    “Kebanyakan menu popular yang di kalangan warga kota seperti roti canai dan nasi tidak sesuai dimakan waktu malam kerana ia membekalkan protein dan karbohidrat yang terlalu tinggi,” katanya.

    Katanya, protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

    Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam, kalori yanga tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

    Beliau menambah makanan barat seperti burger dan hot dog turut tidak baik kepada kesihatan kerana mengandungi lemak yang tinggi.

    Menurut Presiden Pemakanan Malaysia, Dr. Tee Ee Siong, risiko obesiti menjadi ancaman utama kepada penggemar makan lewat malam selain penyakit jantung dan diabetes.

    “Sekiranya makan lewat malam dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan,” katanya.

    Ini adalah kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

    “Lama-kelamaan ia akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius,” katanya.

    Dia menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan banyak di waktu pagi kerana badan kita memerlukan lebih banyak tenaga dalam memulakan aktiviti seharian.

    “Makan malan kita disyorkan hanya mengambil sedikit makanan seperti roti sandwich dan sup kerana di waktu malam tubuh kita terhad melakukan aktiviti,” katanya.

    Dia berharap mentaliti rakyat Malaysia dapat diubah sejajar dengan saranan banyak pakar kesihatan iaitu ‘mencegah lebih baik daripada merawati’.

    Kenyataan itu diakui Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr.Fatimah Arshad bahawa budaya makan lewat malam lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.

    “Makanan yang disediakan oleh kebanyakan premis waktu operasinya 24 jam selalunya mempunyai minyak yang tinggi, berlemak dam boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan,” katanya semasa dihubungi.

    “Malahan menu-menu yang disediakan ada di antaranya tidak terjaga kebersihannya dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti keracunan makanan,” katanya.

    Dia juga menasihatkan pemakanan yang bijak adalah mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

    “Kebanyakan rakyat kita kurang mementingkan pengambilan nutrien yang seimbang tetapi mementingkan lebih kepada citarasa dan kesedapan sesuatu makanan,” katanya.

    sumber : Utusan malaysia 10 Disember 2007